Monday, August 23, 2010

buka puasa

salam ramadan....

da 2 mggu kita berpuasa...sekejap lagi raya!hehe..tapi selalu kita buka puasa mesti ikut nafsu..ha..semua nmpk kalau pergi ke bazaar tu semua nk beli kan..lepas tu tak abes,buang..membazir je..tak baik tau..kesian kat makanan tu menangis...hehehe..ingat dulu masa kecik2 kalau tak abes makn kne marah..katanya nasi tu menangis..siap tengok lagi kat nasi tu..pastu cakap "tak nangis pon nasi ni" hehhe..

di kesempatan ini..memandang kan kita dalam bulan yang mulia..nk kongsi dengan korang semua cara terbaik dari ladang nk buka puasa ikut sunah nabi


~ Berbuka dengan buah termasuk kurma dan sedikit kuih-muih serta seteguk air.

~ Kemudian solat Maghrib terlebih dulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan.

~ Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tauhu dan kekacang.

~ Kurangkan kadar makanan daripada biasa.

~ Jangan minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak berlaku.

~ Minum air putih, teh herba atau minuman mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak mungkin.

Cara berpuasa yang boleh memudaratkan:

~ Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka).

~ Makan makanan pedas dan berempah serta payah hadam.

~ Makan terlalu banyak daging binatang, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.

~ Mengulangi makan sepanjang malam.

~ Kurang minum air pada malam atau lebih minum air ketika makan.

~ Tidur selepas kenyang makan


ha...ingat!!!

tapi semua sama je..termasuk la diri sya sendiri..heheh..slagi boleh makan..selagi tu nk mkn..mcm esk2 tak boleh nak mkn je kan..hahahha...biasala.da nmpak makanan depan mata..ape lagi yg di kenang2 kan...makan la kan...


bella

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...