Thursday, November 25, 2010

jalan2 mari!

assalamualaikum...da lame rasenye tak mengupdate.maklum la.ntah kenapa ntah wi5 katenye tak berbayar.hmmm.ok la.tak kisah la kan pasal tu kan.

mari2 bella mau cerita. jumaat lepas kan.aku dengan family semua pergi ke 3 negari. jumaat pergi pulau pinang.sebenarnye,kami semua tak rancang pun nak singgah penang.ni semua rancangan atok aku la.katenye kalau kitorang ni pergi 3 pagi sabtu kang sampai kedah kang penat,nak ke perlis lagi.ape kate p penang dulu,pastu kite p kedah esoknya.jadinya,pakcik,ayah aku semua kene la bersetuju.hehe

dari rumah pukul 4.pm jumaat,jadinya bajet sampai dalam pukul 10pm la macam tu la kan.nak di jadikan cerita.hujan plak tengah2 jalan tu.time tu tak silap kat rawang kot.da hujan plak.yang peliknye pemandu m'sia ni kan.apa yang aku tengok hari tu la kan.makin hujan,makin memandu secara laju.heran sungguh la heh (bak kate atok aku). da la hujan,putih plak tu.kejap2 lebat,pastu tak.elok2 je nak tido tak jadi.risau. perhentian pertama tak silap ape ntah sebelum tapah.sebab ade yang tak berapa nak tahan nak p toilet.maklum la.kami bergerak 3 kereta.kalau tak 4,tapi mak lah aku tu tak menyabar.dia da menyusul dulu kat perlis.

pastu berhenti kat tapah.biasala.kalau da berhenti tu.ramai plak budak2 kecik.da..semua nak.yg adik aku nak pelekat lilo,yang sorang nak buku.anak mak cik aku lagi nak ultraman terus.mama(mak cik) aku la yang melayan ape dorang nak tu.yang da tua bangka ni mama belanja makan.da memang selalu macam tu.hehe.lepas da sembahyang semua tu teruskan la kan perjalanan.sape2 yang tau betapa kecut perutnye nak lalu jelapang tu memang akan rase perasaan macam aku.da la turun bukit.masih nak laju2 lagi ke?heran dengan cara pemanduan m'sia ni.manalah tak banyak kes2 kemalangan kan.

adik aku ni excited sket kalau lalu terowong.asyik tanya
"bila nak lalu terowong ni bu,adik da sakit perut da ni"
bila da masuk je terowong
"yeah!! hilang da sakit perut adik."

lepas tu kami pun selamat sampai kat rumah mak ngah pukul 12 am macam tu.1st time babe 8 jam dalam kereta p penang.kalau tak selalu 5,6 jam je. sampai rumah mak ngah,abes la semua loghat penang..ibu,mama,atok da memang terkecuali la.da memang lidah dia.mandi2 tidur.bangun2 sarapan.pelik sungguh aku jumpa nasi lemak 50 sen.masih ada lagi tau.selama ni kalau pergi penang tak pernah pun nak ambil kesah pasal benda2 macam tu.tapi ye la.pelik la gak..asal balik penang je mesti nasi lemak comel je.hari tu ntah kenapa ntah rasa macam tergerak hati nak bertanya.
"mak ngah,berapa ringgit nasi ni?"
"mana ada ringgit.tu 5 kupang ja tu.hang ingat ni sama ka macam kat tempat hang?haha"
"macam ni boleh la hari2 makan nasi lemak kan mak ngah.murah!"
terkejut babe.5 kupang...

dalam pukul 11am macam tu.kami bergerak ke kedah,tapi sebelum tu singgah rumah adik bongsu atok aku,tok su,pastu rumah tok teh.biasala.keluarga besar.sampai kat cucu da tak kenal da la mana sedara.haha.sampai kedah dalam sejam kot.aku rasa tak sampai sejam kot.dari balik pulau ke kulim kedah.makan kenduri.ya allah...masih aku bayang2 lagi kesedapan kari kepala ikan.perrghh!terangkat.makan punya makan.da tiba masanya kami ke perlis.

sebelum masuk perlis,kami pergi sembahyang dekat petronas sg petani.nia!! aku da sampai kat tempat ko!hehe..

syok gile kentang,terbaik wook!! sepanjang perjalanan tu korang nak tau tak apa yang ada?sawah padi babe!awesome!!!sebak dada ni tengok sawah padi dekat2 gilerrrr..da la kiri kanan sepanjang highway tu padi je...awesome bebeh!sampai perlis je ya allah..rumah dia betul2 depan sawah padi.tapi agak gerun la kan nak masuk.biasa benteng.bak kata ayah aku
"ni kalau kita da kelua,ayah tak nak masuk balik.takut"



hahahah..kelakar la ayah ni.pelik gak aku tengok lori lalu macam jalan kat highway je.da biasa la 2 kot.sampai2 je rumah kenduri.aku da tak nampak da makanan ke apa ke.yang ada kat otak aku time tu padi je.lepas salam2.terus serang sawah padi.best gileeeeerrr.rasanya tak dapat nak di gambarkan macam happynya aku time tu.maklumla.tak pernah jumpa.yang penting aku dapat tangkap ketam.dengan ucu la tu.dia tu sengal2 sket.



punya la excited jumpa ketam tu,nak suruh la masak.malangnya orang tu

"la..pasai pa p ambil ketam ni.mana la boleh makan.ni ketam batu ni.hampa ni lawak sungguh la.masa banjiaq(hahaha) hari tu,ketam ni banyak ni masuk rumah"


mana la kami nak tau ketam ni tak boleh nak makan..frustrated sungguh la! lepas je kenduri tu kami semua p homestay yang da pun kitorang booking.malam tu p jalan2 makan angin kat kangar kot,pastu g jeti.niat di hati nak makan laksa.da tu ramai kata tu laksa belut.tak lalu la ceq!

jalan2 cari kedai makan.ada la nama kedai tu apatah football2 la gak.mak aih.ramai pulak.so cari tempat lain.ya allah murah gila la makanan kat situ.air fresh orange 1.50 sen,tembikai 1.50. boleh dikatakan jus buah 1.50sen.terkejut babe tengok.chicken chop 7.00 ringgit.kat sini mau tak 9,10 rinngit.murah+sedap plak tu.aku tak tau nama kedai tu apa,tapi dekat la dengan shell

esok plak kami p padang besaq!apa lagi,borong sakan la.ha beli2 jangan tak beli.amek je.murah2.kalau nak di bandingkan dengan harga kat sini.memang jauh berbeza..penat shopping semua,aku pun p makan kenduri lagi satu.pastu bertolak la ke shah alam balik.ibu aku balik hari selasa.so aku balik dengan ucu aku.


memang best gila.banyak pengalaman,pengetahuan yang dapat.tak sia2 kalau kita melancong dekat malaysia kan??

Read More..

Thursday, November 11, 2010

tip berjaya

assalamualaikum~~~

hari ni result exam keluar.alhamdulillah!! saya lepas untuk menjalani internship semester depan.dengan berkat doa,usaha,akhirnya berjaya.topik kali ini.ingin membincangkan bagaimana kite nk berjaya dalam berblog?? adela kan.minggu lepas beli klik! dan kat situ die ade kongsi ilmu dan saya juga nk sebarkan ilmu tu.

Sebagaimana yang kite tahu,blog adalah satu jenis web yang diketegorikan sbgai online journal @ online diary. ia berkonsepkan post @ artikel yg berbentuk kronologi @ bersiri.




Blog



Blog biasanya dijadikan sbgai salah satu medium untuk seseorg individu @ organisasi untuk memaparkan penulisan tentang kisah hidup,luahan rasa,berita,catatan pengembaraan,mempromosikan produk, resume, & untuk suka2(haha). untuk menghasilkan blog,terdapat dua cara.ha.. apakah dia?

  1. menghasilkan dengan sendiri.bagaimanakah? jawapan:- ianya memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web & php programming.
  2. menggunakan khidmat blog provider secara PERCUMA! (mudah,cepat)
Di antara laman web yang menyediakan khidmat blog secara percuma dan lebih popular jatuh kepada...."Blogger"..yeah!!pom pom pom! Blogger ni milik kepada google.com & "wordpress".


Followers!



blog yang mempunyai followers yang ramai & sering menjadi pilihan blogger lain, tu maknanya blogger tersebut mempunyai bakat sehingga berjaya memikat ramai pengikut luar membaca jesteru menjadi follower kita. (Hmm..bilakah aku nk jadi mcm tu?best kan.)
Tentunya dia seorang pakar sehingga menjadikan blognya menarik
untuk dikunjungi.Bagaimana?Nah, bukan semata-mata cantik dipandang namun isi kandungan blog juga harus menarik & pelbagai.Nak menarik lagi jika dalam kandungan tu banyak info tentang perkhidmatan & kemudahan..(hope so sangat blog aku jadi mcm ni)

Tips!



Bahasa :- bergantung kepada konsep blog yang diketengahkan. contohla kan blog ala2 diari gitu.mestilah lebih kepada bahasa pasar. kalau blog kite tu lebih urusan rasmi bahasa mestilah lebih tersusun & mudah difahami.bayangkan kalaulah bahasa tu mendatar je.tak de unsur lawak,bosan kan...

Template :- Cipta blog yang menarik dan terdapat pelbagai template cantik2.
Gambar :- Meletakkan gambar yang sesuai dengan tema blog perlu diambil berat.Kan lebih menarik jika gamba2 tu ada sedikit kelainan.
Tulisan berkelip :- Untuk mengelakkan kebosanan, guna tulisan yang menarik & berkelip.bersemangat sikit nk baca ye tak (eleh..macam la ada berkelip2 bella oii)

Buat duit





Sebenarnya dengan blog kita boleh la buat duit juga.macam mane ekh? macam ni.selain kita memaparkan penulisan untuk bacaan,ade manfaatnya jugalah kerana mampu memberi pulangan wang.ade banyak cara antaranya dengan menulisn ulasan produk mengikut keperluan beberapa pihak.kedua.dengan cara google adsense iaitu niche yang tersedia,dengan setiap klik daripada pengunju
ng blog di banner adsense akan memberi pulangan wang menguntungkan. WOW! awesome! ketiga,menjual produk sendiri menerusi blog.tapi kat buku ni tulis.ada banyak lagi.pastu search kat laman web.

itulah pembelajaran hari ni.saya
ni dalam proses nak mengimprovekan lagi berblog ni.harap sebarang cadangan boleh berkongsi dengan saya :) kan..





Read More..

Thursday, November 4, 2010

my creative resume

assalamualaikum~~
annyeong hasayo..salam sejahtera..Happy deepavali kepada yang menyambut ye..
saya punya creative resume da siap! yeah!! sangat sangat happy. ni lah ye..hasilnya walaupun last minute.tapi masa nak memproses idea tu.masyaALLAH~ susah da nak menurun...mengambil masa beberapa jam jugak la.kena fikir pasal konsep,idea, macam2 lagi la.memang mencabar secabar mendaki bukit broga! demam broga tak abes lagi ke bella oii~~


saya ni bukan nak menunjuk ataupun ape pun.kalau ada orang rase saya ni nak menunjuk.maaf la ye~ niat memang nak berkongsi. dengan kiraan 1...2...3...
psss...need your feed back! just leave a comment.





































so? comment please...nak minta cadangan,pendapat kritikan pun boleh..saya terima dengan hati yang terbuka..ini je yang mampu saya lakukan.dan mengambil masa dalam beberapa jam.beberapa hari untuk memikirkan idea.jadi.saya ni tidak lah pandai sangat.itu jela pun yang mampu saya lakukan.lagipun.itu jela yang tinggal artwork2 lepas2.yang lain punah terbakar.janji ada kan?


gamsahamnida~

Read More..

Wednesday, November 3, 2010

creative resume

assalamualaikum~~
annyeong hasayo.....

saya sedang menyiapkan resume untuk internship nanti.agak pening gak la nak buat kan.ye la.semua artwork2 aku tu ada kat laptop yang sudah pun terbakar.jadi bagaimanakah? omma! help me!

pening jugak memikirkannye pun..tapi nak buat bagaimana,sabar je la.mungkin hanya letak beberapa yang ada je.WONDERING~~ cukupkah? Tapi nak buat macam mne kan.da terbakar.kalau dorang tak percaya.mungkin senang2 letak je report tu kan..ha habis cerita kan..tak payah nak pening-pening.tapi kalau la boleh..da lama da letak. abeoji, dowajuseyo!

research punya research.ha.tup tup member ada share link! bagus la anda! terima kasih..
so.memandangkan saya ni pun bermurah hati,baik hati..segala yang ada hati la kan.jadi kepada sesiapa sahaja yang rasa-rasanya menginginkan contoh2 creative resume.ha nah! ada 3 link.

1. http://campusapps2.fullerton.edu/career/students/jobSearch/Chapter5/CreativeResumeSample.aspx

2. http://applicant.com/30-plus-brilliant-and-creative-resumes/

3.
http://jobmob.co.il/blog/beautiful-resume-ideas-that-work/

baik hati kan saya ni.bagus kan.jadi.antara tiga ni korang boleh la pilih contoh2 terbaik,tergempak,terhebat.. bila da research2 ni.saya mungkin da dapat contoh2 yang saya rasa saya nak buat kat resume saya tu nanti.insyaallah.ianya berhasil.jadi.. hwaithing!


Read More..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...