Thursday, December 30, 2010

red box,birthday!

assalamualaikum~~
salam 1 Malaysia!!
yeah!!esok cuti..yes!jadi hari ni saya berkesempatan untuk mengupdate blog!
Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana menjuarai Piala Suzuki AFF

25 .12.2010
Boleh la kalau nak dikategorikan sebagai reunion kan..hehe..lepak2 berREDBOX kat The Garden.
Melantak,melalak,mencekik,mengembirakan diri sendri.semua best sangat!
aku,azizi rahman,kiah,pain,fida~
5 orang...rm250++ tapi memang terbaik gila! dengan makanan yang agak AWESOME!






Thanks Azizi Rahman...bagi hadiah!

26.12.2010

MY BIRTHDAY!!!
woohhoo!!pom pom..dam di dam!!!
hehehe..
kepada yang wish.terima kasih...


Aduh kenapa la aku tibe2 LANGSUNG tak de IDEA nak update cerita
padahal banyak je nak di kongsikan...
aduh!!!
mungkin da lame tak berblog kot.maklumlah kerja.sekarang ni sibuk untuk neyear pulak tu..hohohoho


pape pun..happy new year!!
harap tahun baru ni banyak memberi perkara positif..
insyaallah~~

Read More..

Friday, December 24, 2010

FREE!!

annyong hasayo~~
bella imnida!!
jeo neun seu moo sal yiyeyo
man na seo ban gawayo..
hwaiting!!

ha..paham tak?
sebenarnya yang aku merepek kat atas tu saja je nak cuba try test self confident untuk berKOREA.insyaallah ye..saya boleh fasih.sekarang ni masih bertaktih nak belajar..

FREE!!
apa yang free..tak de apa pun..cume aku tengah ada FREE TIME nak mengupdate blog..ye la.selama ni tak sempat pun kan nak update.sebab faktor2 praktikal?praktikal kat mane?hmm..tak kan nak cakap banyak kali kan.jadi kalau nak tahu sila la baca artikel saya yang lepas.khamsahamnida!

fuh..sekarang ni tengah mulakan projek terbaru.RTM nanti akan buat ujian siaran IPTV.apakah?ooo..tu online punya tv.so streaming la kan.jadi..tugas aku adalah designer.untuk nota maklumat.contoh:-jangan kemana2.saksikan siaran seterusnya bla bla bla.so,aku kene buat macam tu.kawan aku,cai kene buat kempen PSA.Contoh:-ayuh kembali ke sekolah..bla bla
macam tu la.Acam pulak sebagai animator.so,aku,cai buat je.pas2 bagi kat acam.pas2 dia akan animated benda yang kami buat.hehehe..HWAITING!!

hari tu hari selasa kan,da lama da aku & Xplore race gang tak keluar.masing2 sibuk.tengok wayang cerita AKU MASIH DARA! not bad.dan penuh nasihat..

*alamak..signature ada kat laptop..so nanti da upload.ni pakai pc opis..oppss!saya da ada pas RTM!hahaha

Read More..

Sunday, December 19, 2010

tolong saya

assalamualaikum~~


tolong!
aku langsung TAK ada masa nak update blog
TAK ada masa bersenam
TAK ada masa nak keluar,lepak2
TAK ada masa nak menari lagu2 korea (gee,bonamana,nu abo,la cha ta,.....)
TAK ada masa nak uruskan diri sendiri
TAK ada masa nak tidur lama2
TAK ada masa nak kemas2 bilik
TAK ada masa nak basuh baju.
yang rasa2 sangat tak best.aku langsung TAK ada masa untuk diri aku sendiri

balik kerja.terus tido sampai lah kadang2 tu pagi esoknya nak pergi kerja balik baru bangun
kat opis nak update blog pun TAK sempat.dah TAK boleh da nak lepak2 dah.tengok wayang ke.mianhae azizi rahman~~

apa2 pun..
hwaiting bella!!!


Read More..

Thursday, December 9, 2010

lomo lama limi leme

assalamualaikum!!!
annyonghaseyo!!
penat la.maklumlah berkerja kan(praktikal je pun)alhamdulillah ye~sepanjang ni berjalan dengan lancar.trafik melaporkan tiada kesesakan masa kalau aku pandai la nak arrange kan.hanya disebelah malam,trafik dilaporkan agak sesak kerana kena bangun awal pagi esok.sekian.lintas lansung dari bellabasri.blogspotFM.

Geram sungguh kalau tengok orang ada kamera lomo.da la comel je.tapi tak apa.apa guna photoshop kan.tak payah labur duit beli benda tu..pakai photoshop je.senang,jimat masa,FREE plak tu.ha.tang free tu penting tu~~

aku ada la research kat youtube.tutorial.tutorial ni penting tau.tak kisah la orang nak kata
"hak elah!tak kan tengok tutorial lagi kot"
lawan je la.kalau aku
"apa kesah?nak tambah ilmu salah?"
baru masa tu mesti punya muka dia panas je~~yakinlah!hehe.memang ada banyak cara2 dia.tapi aku da cuba dah.hasil dia ada tiga

model-mason moon


atas ni gambar ori yang aku tak ada edit pun.mula2 cuba teknik yang pertama,agak ringkas juga.hasilnya:-



yang kedua tak simple sangat.dan best jugak la.hasilnya:-


lain sikit kan?ok.yang ketiga dan seterusnya ni.aku cuba kaedah yang ketiga ni.hasilnya memang sangat best.ada la seakan2 dekat2 dah nak sama dah macam lomography yang asal kan.jadi lepas cuba yang ketiga ni,cuba buat lagi yang seterusnya,dan hasilnya tetap sama macam yang ketiga.kaedah apa semua sama.mungkin ramai yang buat kaedah tu~hasilnya:-


nampak macam best kan?seterusnya:-



ni la.result dia sama macam yang ketiga.hai la budak.kenapa la ko comel sangat.da besar pun comel.adik2 ko pun comel.aish!!!!kalau la kan gambar ni semua tak cukup besar.klik je kat gambar tu.

maklumat lanjut.sila layari YOUTUBE

don't give up easily,always TRY & ERROR.once make a mistake,just try and keep trying.Insyaallah~work it.
saranghaeyo~

Read More..

Tuesday, December 7, 2010

baru baru!

assalamualaikum.~~~
salam maal hijrah!

disempatan ini,aku mengucapkan selamat menyambut maal hijrah.insyaallah semoga kita tenang menjalani hidup..insyaallah!


baru baru!tak ada yang baru pun.cuma nak tukar signature baru je kat blog ni..tu je.hari tak tahu la pasal apa aku rasa bosan sangat.dah la bosan.layan la youtube.pastu menari lagu f(x),super junior,SNSD.boleh improve macam ni.dah boleh da masuk mari menari.hahaha..lagipun boleh gak kan melangsingkan badan.tak payah berpanas.buka je youtube.search.kunci pintu.ha.menarilah sampai lebam.




ni la sign baru aku pasni.dah tak de yang plain..hehe..esok kerja.ada meeting pulak tu.aish!!!
boleh makan free ni.

oh ye.jom belajar cakap korea nak!! KLIK

ahnnyong ikahseyo!!

saranghaeyo~~



Read More..

Saturday, December 4, 2010

owh oppa~~~



assalamualaikum~~
sihat??alhamdulillah ye~

hari ni berjalan2 ke pavi nak jumpa kim hyun joong~~sebelum tu.aku,amy dengan kawan amy pergi times square.ada kedai tu jual semua~~~barang artis korea!memang menggila lah sekejap kan.nak sape?cakap je.semua ada.dari yang beringgit hingga ada mencecah ratusan.so hari ni fokus utama nak tengok kim hyun joong.jadi aku beli poster kim hyunn joong dengan button ss501!sape nak tau kedai kat mana.kat tingkat 5.cari la~

da beli poster semua.jom ke pavi sekarang!!gaja!memang sesak.ramai gila orang.kitorang da dapat tempat yang ok la gak.boleh la nampak kami punya oppa nanti walaupun tak la depan sangat.

dia keluar je.aku terus keluarkan poster yang aku beli tadi.dah la ramai orang.tolak2 plak tu.

"hey!!please don't push me!!!!"

ayat ni la berkali2 diulang tapi masing2 excited.aku pun rasa macam nak menangis,menggigil babe.haha.pastu menjerit oppa!!oppa!!saranghaeyo~~tak tau la dia dengar ke tak.memang dia tu beautiful face gila.dah la handsome~ya allah.rasa macam nak pengsan je bila nampak dengan mata jelas sangat!!!.senyumannya lagi~~gugur la jantung ni rasanya~yang buat lagi jeles tu,ada la seorang peminat ni.mungkin dia da habiskan banyak duit dia semata-mata beli barang the face shop.yela.kim hyun joong ni kan duta dia kan.so,dia dapat peluk kot~masa tu macam nak jerit je(padahal da pun) jeles la~


tak boleh lupa suara dia.malam ni mesti tido mengigau aku ni~annyeonghasayo,kim hyun joong imnida~arrggh!!oppa!kau buat siang malam ku lepas ni tak menentu.dia kata dia tak pakai pun mekap melainkan produk the face shop tu.pastu dia kata malaysia ni panas.jadi dia promote la sunblock.pandai oppa ni ye~nak pujuk la tu suruh kitorang beli.

rasanya macam tak boleh la nak cerita apa lagi.sebab sangat2 gembira ni.ni pun masih sengih2 lagi.walaupun gambar kat kamera nampak jao,tapi sebenarnya aku nampak jelas!!muka dia!owh oppa!!!












ni je yang sempat ambil.sebab terlalu excited~
saranghaeyo oppa!!


Read More..

bokeh

assalamualaikum~~
salam sabtu~
hari ni bukak2 mata je terus buat kerja.aku rasa nak gunakan bokeh sebagai background layout untuk web rtm.insyaallah.rabu ni meeting.baru tau ok ke tak.ralik la belajar bokeh ni.syok.best.hehe.selalu edit gambar je kan.photo manipulation la apa la kan.sejak dah praktikal ni rasa lagi best belajar abstract kat photoshop..semalam biasanya kat opis.kerja2.

ni la yang aku buat lepas bangun tidur pukul 9.30am.hehe.bokeh.nanti nak try hexagon bokeh plak.



yang atas tu brush dia besar2.saje la kan.


yang ni gunakan brush yang kecik sikit.brush ni kita kena buat dulu.
post yang lepas ada aku share link dia.kalau tak boleh,search abduzeedo.digital bokeh.

pasni nak cuba banyak plak.jadi antara dua ni mungkin salah satu nak tunjuk masa meeting nanti.

ok.nak siap nak tengok kim hyun joong kat pavi!
oppa!wait ok...

saranghaeyo~

Read More..

Thursday, December 2, 2010

khamis..berbatik

assalamualaikum~~

sambil dengar lagu bonamana-super junior.suka sangat lagu ni.hari2 wajib kene dengar! im ELF!
hari ni masuk hari kedua aku menjalani praktikal.alhamdulillah..sepanjang hari ni berjalan dengan lancar.hari ni kami bertiga tak naik KTM.kami naik kereta.rasanya macam tak mampu menempuh kesesakan orang dalam KTM tu~ hari ni aku berbatik.maklumlah pekerja kerajaan khamis pakai batik.so,aku tak nak la lepaskan peluang.berbatik la aku hari ni.


sampai2 angkasapuri dalam pukul 7.30am.maklum la.bertolak awal.sempat la breakfast.makan nasi goreng+sambal kentang+milo ais=RM2.50.ok la kan.masuk opis(nak kata office malu~) 8.15am.makin lama makin cepat plak ekh.sampai2.berbincang dengan faisal dan acam pasal background layout.tetibe ada akak tu.lupa la nak tanya.aduh!tengok lupa lagi.nyanyuk da ni kot.akak tu bagitau kejap la ada meeting.hahaha.masa tu rasa macam poyo je aku ni.malu~kat depan opis kitorang ada tempat untuk bilik VIP.jadi,kami bermeetingla kat situ.

Projek pertama:-Buat tiga background layout yang berlainan design dan kale.jadi kami ni kene la buat untuk TV1 punye ada 3,TV2 ada 3,dan untuk radio online juga tiga.terserah kat kitorang element apa yang nak digunakan.lepas meeting kami berbincang.mungkin kani akan menggunakkan bokeh.ni pun baru belajar.NAK TAHU?ala.mestila korang lagi hebat kan.aku baru je nak belajar.so,sepanjang hari tu aku buat tutorial menggunakan photoshop.sebab nak tau element apa kan.pening2.

Lunch!
Nasi lauk masak lemak labu+ikan cili api+limau ais=RM5
lepas lunch masuk opis balik.sambung tutorial

Tengah aku ralik buat tutorial tetibe

"awak boleh buat kan web banner ni tak?untuk radio.ubah la background dia.puan kata tulisan tukar sebab yang ni nampak menakukan"

"boleh2.no hal la"

nasib aku tak berapa nak ada kerjakan.buat punye buat.tengok jam da pukul 5pm.kemas2.ok.sambung kerja la kat rumah.la.hujan ke?tak perasan la plak.berlari2 bukan lari anak lagi.rasanya lari mak agaknya.hujan.sampai kat kereta.keluar2 je angkasapuri tu.nah amek ko.semalam tuna kan naik KTM kan.ha,hari ni hambek 'jem' terus.apalagi.makan la dengan roti.da la hujan,penat,jem.memang ,mengantuk.

Singgah kat petaling sebab faisal ambil adik dia.keluar2 pun jem.aku da tak larat da nak tahan mata ni.da bila ntah aku tertidur.bangun2 da sampai shah alam da..penat!balik2 ingat nak menyelam la kat katil.amy!comelnya cadar aku.thanks tau tukarkan.buat susah2 ko je.mianhae kalau bilik bersepah ye.haha..tengok baju banyak plak tak berbasuh.baik pergi basuh.kang da belambak lagi malas.mandi2,makan,thanks lagi sekali amy masakkan.gamsahamnida banyak! mianhae tak tolong ko masak.semua da setel buat kerja yang tak siap tadi.ok.sambung esok kat opis la.mengantuk~~

khamis berbatik.jumaat ber apa ekh?hehe.




Read More..

Wednesday, December 1, 2010

penat rupanya

assalamualaikum~~

hari ni aku da start da menjalani praktikal di RTM.alhamdulillah~~
pagi2 sepatutnya aku yang kejut kan dua 'BOS' aku.tapi 'BOS' aku tu yang kejutkan.mianhae~~5.30am bangun.mata ni kalau boleh nak tido je.tengok roomate aku,amy tu kan main ko ye.aku bukak lampu pun ko x sedar.lena betul ekh?haha.tak aci!jeles betul~mandi2,siap2,tapi sebelum mandi tu da masak air da pakai heater je la kan.student.lepas siap semua,aku pun sediakan breakfast aku tu.praktis dulu.kang da kerja betul2 senang.da boleh nak bajet masa.

7.14am kami naik la pengangukatan awam yang bernama KTM.jap lagi aku jadi la warga KTM plak.nak buat pas bulanan dia.RM104 sebulan.ingatkan tak ramai la kan.nah amek ko.sardin babe.da la panas dalam tu.ramai plak.sakit kaki lagi tak dapat duduk,dengan mengantuknye.hmm..layan kan aje~~

dalam pukul 8.00 am kami da kat depan pintu masuk angkasapuri.pergi balai pengawal ambil pas pelawat ke IBC(tempat kami praktikal),pastu pergi kafe,beli air.ok dah.pastu biasala kan.hari pertama.nak je awal2.8.15am kami ni semua lapor diri.sebenarnya kami da lapor diri da hari isnin lepas.tapi lapor buat kali kedua.aku dapat meja sekali dengan PC.ok la cuma PS dengan AI tak dapat bukak.tak pela,sebenarnya,aku bawak laptop tapi cai(faisal) guna.sebab dia dengan acam tak dapat PC d:

Dalam tu kerja research,kami da ada task da.ubah layout background website rtm.ada la kan yang dia nak ubah.alhamdulillah~akhirnya aku berkesempatan belajar buat web.so,tadi aku research pasal tutorial.tapi internet slow plak.lunch hour! menu nasi ayam,RM3.50 + teh o ais limau RM1.00=RM4.50.murah kan?faisal dengan acam makan nasi lauk.rasa tak silap mereka dua orang tu lauk ayam(yummy) pastu ada la kuah2,sayur, + air=RM4.50.Terkejut.murah.kalau kat sini RM6,7 ringgit la agaknya.

Sambung buat kerja.oh ye.jam menunjukkan pukul 2.30 pm.kene pergi wisma tv ni nak hantar surat verification kat unit latihan dan kerjaya,tingkat 7.ok da.alamak! hujan selebat2nya.duduk dulu kat kafe.nampak hujan da reda je.kami balik kat office(haha).5.20am kami pun pulang.memandangkan da tak de apa nak buat da kan.

tunggu la tren.mak aih!! ramai betul.ni da bukan sardin da ni.ni kes tuna da ni.tak silap 2 tren kami lepas.sebab sangat2 la penuh.tapi mana boleh jadi kan.mata da ingat bantal da.kaki penat pakai wedge kan.esok nak pakai selipar la.kang da sampai office(lagi sekali?haha) baru tukar.tren yang ke3 pun sampai.masih macam tuna.tapi kami redah je.kalau tak jawabnya tak balik plak kang.mengambil masa yang agak lama.mungkin muatan berat sangat kot.sampai rumah 8.30pm.

fuhh!! lega gila.rasanya sangat penat.ni baru sehari tak silap ada 56 hari lagi.ha tu la.nak sangat praktikal kan.nak sangat naik KTM kan.da penat jangan nak merungut ye bella~~


Read More..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...