Tuesday, November 30, 2010

berjalan di kota melaka & sabar itu ada hikmahnya.

assalamualaikum~~~
anyeong hasayo~~

panjang kan title dia.tu baru title.belum nak cerita lagi.ha..lagi panjang dari title tau.

sabtu lepas 27.11.2010, ahli2 umno cawangan ayah aku ada buat lawatan.ayah aku sebagai ketua cawangan kat situ so dia la leader masa tu.lokasi yang dorang2 ni pilih nak ke melaka.aku ni on je.mula2 ingatkan pergi dengan sedara mara ke apa ke kan.rupanya rombongan.alang2 ayah aku da ajak.aku pun pergi la.memandangkan praktikal tak lama lagi.so bila lagi kan nak berjalan2.

pergi menaiki bas yang sangat best.perjalanan mengambil masa berapa jam ntah.tak kira plak.masa berhenti kat perhentian apa ntah nama tempat tu,jumpa la pelancong dari korea.rasa macam nak je cakap,tegur annyeong hasayo~~tapi apakan daya.takut..yang syok tu dia punya pemandu pelancongkan boleh berbahasa korea.mak aih.aku ni belajar sampai kesudah tak gak boleh2.da la orang melayu kita.gila jeles la aku time tu.

sampai2 je melaka.1st tempat kami tuju zoo melaka.bayaran dewasa rm7.00,kanak2 bawah 5 tahun tak silap free.dan kanak2 yang sekolah rendah la kan rm5.00.murah kan?berbaloi babe.masuk2 jumpa burung apa ntah.lupa.pastu ada la jumpa satu binatang ni.comel betul.nama dia agak pelik.kongkang..korang search sendiri kat google kan.kongkang.hahaha.comel sangat.tahun lepas pun kami sekeluarga ada pergi disitu juga.adalah seekor orang hutan ni nama dia sam.glamor tau nama.tak nak kalah tau.so,bila kami datang dia masih ada lagi.tapi orang tu kata dia da tua da.pastu kami malas nak jalan kaki,yela.memandangkan agak besarla gak kan zoo tu.tak larat la nak jalan.jadi naik la kereta apa ntah nak cakap.kereta zoo la kot.rm2.00 sekali naik.dia bawak la satu zoo tu.

macam2 binatang ada.seladang,zirafah,zebra,badak,gajah,memerang,buaya...buaya dia kan besar sangat.pastu macam lembik je.mulut nganga je.agak2 la kan.kalau pegang dia,dia makan kita balik tak?sebabkan dia nampak baik je dalam tu.ada la orang zoo tu cakap,semalam(26.11.2010) ada harimau terlepas.mak aih!macam mana la agaknya ye.tapi nasib baik tiada kemalangan jiwa berlaku.ye la.da jinak la kot kan.

pastu kami menuju ke bandar hilir.sampai2.kami naik bot kat tasik cruise kot nama dia.aku pun lupa.bayaran masuk dewasa rm10 kanak rm 7 tak silap lah.mengambil masa 40minit.memang best.sambil menikmati pemandangan perkampungan morten,bangunan yang cantik2.

sempat juga aku ambil beberapa gambar.tengok!creative kan??adalah anak mat saleh ni.kelakar betul tengok gelagat dia.ada ke dia kata biawak tu buaya,tergelak2 aku masa tu.tak dapat da nak tahan.dengan penuh semangatnya dia

"daddy look!! a crocodile!"

pelik kot dia kan.tapi satu je yang agak tak senang mata memandang.sampah2,ikan mati banyak kat dasar air tu.ada bau lagi.malu la.jaga la tak kira la sungai ke laut ke tasik ke kolam ke.jangan la cemari.tu akan menyebabkan kesan yang buruk dalam pelancongan kan.bini mat saleh tu pun geli

"honey! look, a dead fish.so smelly..eeuwww"

malu babe.lepas naik bot tu,destinasi seterusnya muzium samudera.rm3 sekali masuk. dalam tu tak banyak la nak di kongsikan.banyakla patung yang berpakaian pedagang2.



lepas tu.kami pergi muzium macam muzium samudera gak.tapi kat luar.lepas da pusing2.kami menuju ke apa namanye ntah.betul2 depan muzium samudera tu.ada tempat beli barang2 macam belacan,cencaluk,cenderahati,makanan.apa lagi.da nama pun melaka.datang situ cari cencaluk,asam ketuk,dodol melakee.hahaha.sempat gak aku beli ole2 kat azizirahman.cencaluk segera yang da siap dengan bawang dan cili.tinggal makan je.dengan kuih karas kot nama dia.tak reti sangat nama dia.kalau makan memang la tahu kan.niat dihati nak la naik taming sari buat kali kedua.tapi nak buat macam mana.rezeki tak de.ramai sangat orang masa tu kan.so,tak pela.

dalam pukul 6.00pm kami betolak balik.berhenti di R&R ayer keroh sembahyang dan makan .oh ye.masa lunch lepas tengok zoo kami makan di tasik.berdekatan dengan zoo.best!.masa tengah makan kat R&R tu,terima la SMS dari kawan,effa.mengatakan dia di terima menjalani praktikal kat tempat kitorang interview hari tu kan.time tu aku rasa tak de mood.bukan marah sebab effa dapat.tak terlintas pun.rezeki masing2 kan.aku terima cuma ye la mana la plak nak pikir tempat lain.praktikal tak lama lagi jadi ibu cakap

"sabar la long.mungkin ada hikmah"

azizirahman pun kata benda yang sama.dalam perjalanan balik tu rasa sedih sangat.murung je.dalam hati

"tak pe lah.mungkin tak de rezeki"


SABAR ADA HIKMAH

lepas je jalan2 ke melaka.ahad tu aku kena balik ke shah alam.memandangkan banyak perkara nak settle la.lebih2 lagi soal praktikal.ahad tu balik dengan azizirahman.maaf la hari tu buat awak marah :( .mana tak nye,aku ni manjang je tertinggal barang walaupun da banyak kali ibu dan azizirahman pesan.ada barang tinggal tak?jawapan aku xde! padahal mula la mengelupur kan bila..."tertinggal la barang kat rumah..." maklumla,da nyanyuk la kot kan.

hari isnin 8.30am nak pergi unisel.tunggu kawan2 faisal dan acam.perkara pertama jumpa puan nak ambil surat nak mohon praktikal.ok.da.maaf puan kami menyusahkan puan.lepas surat da ada.pergi print out resume yang aku buat hari tu.total semua rm15.ok done! kami bertiga pergi ke ktm padang jawa.parking kereta cai(faisal) kat situ.dan kami pergi ke angkasapuri naik ktm.jimatkan.rm2.90.

masa tu risau kalau2 la tak dapat,mana lagi la nak minta kan.sampai2 je kami ke angkasapuri tu memang dalam hati aku tu berdoa banyak2.moga2 inilah tempat terbaik kami.ambil pas pelawat kat pengawal tu.kami terus ke tingkat 7,wisma tv.gugup jantung bila hantar resume tu.kami di minta tunggu diluar sebentar.takut2 la kitorang ni.tak tahu apa keputusannya.tiba2 dia keluar

"tunggu jap ye.alang2 da ada ni.kita buat surat sekali"

macam tak percaya.da dapat ke?kalau dapat syukur alhamdulillah.masih berdebar2 menanti kan.pastu dia cakap

"ok.hari rabu datang 8.30 lapor diri dekat ibc.bawa surat ni.ha yang ni original copy kan adik bagi kat dekan ye.pastu yang ni pula bawak masa nak lapor diri,tapi adik kena la isi dulu ye."

ya allah.syukur alhamdulillah.amin.doa ku termakbul.kami gembira+excited semua ada.akhirnya aku,faisal,acam ada tempat praktikal.kami la gkf!masa tu berbaloi juga rm15 aku print resume.pastu peluh2 kami,penat semua rasa macam berbaloi sangat!hahaha.pastu kami pergi ke ibc.menjajau gak cari kan.katanya bangunan baru.cari punya carik.ha tu pun ibc(international broadcasting center)..wow! masa tu rasa macam berbangga ye da la kami dapat tempat yang agak besar.rtm kan.pastu tengok2 plak.kami dapat kat ibc tu.kami berjumpa dengan puan rosnah kalau tak silap.soalan pertama

"kamu ni memang suka/pilihan kamu ke rtm?rancangan apa?"

masa dia tanya soalan tu.aku,cai,acam macam tak tahu nak kata apa.puan tu pula ketawa.mungkin dia dapat teka jawapan kami.pastu kami pun sama2 ketawa.dia briefing sikit pasal kerja yang bakal kami buat sepanjang pratikal.2 bulan je.8 minggu je kami menjalani praktikal.mungkin singkat sangat kot masa dia.mulai 1/12/2010-25/1/2011 aku,cai dan acam jadila warga rtm untuk 2 bulan sahaja.jadi besok kami diminta lapor diri.dan berpakaian pejabat.hmm nampaknya aku ni da boleh da bawak keluar stok baju kurung ni.cai,acam.aku teman setia anda..hahaha

apalah nasib kami bertiga esok?harap2 baiklah.aku terus call ibu sebaik je dapat tau yang kami diterima.ibu ku kata

"tu la.hari tu l
agi ibu cakap sabar,tengok.masa ko bagitau yang tak dapat tu.ibu relax je.da agak da naluri seorang ibu ko dapat kat rtm.bagus la."

rasa sebak kat dada ni.terima kasih ayah,ibu.along akan buktikan kepada bu dan ayah.mungkin DIA da tentukan tempat yang baik untuk aku buktikan.syukur alhamdulillah.teringat plak lagu maher zain

"Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way"

INSYAALLAH! doakan kejayaan kami sepanjang praktikal ni.semoga aku dan kawan2 berjaya.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...