Thursday, November 25, 2010
assalamualaikum...da lame rasenye tak mengupdate.maklum la.ntah kenapa ntah wi5 katenye tak berbayar.hmmm.ok la.tak kisah la kan pasal tu kan.
mari2 bella mau cerita. jumaat lepas kan.aku dengan family semua pergi ke 3 negari. jumaat pergi pulau pinang.sebenarnye,kami semua tak rancang pun nak singgah penang.ni semua rancangan atok aku la.katenye kalau kitorang ni pergi 3 pagi sabtu kang sampai kedah kang penat,nak ke perlis lagi.ape kate p penang dulu,pastu kite p kedah esoknya.jadinya,pakcik,ayah aku semua kene la bersetuju.hehe
dari rumah pukul 4.pm jumaat,jadinya bajet sampai dalam pukul 10pm la macam tu la kan.nak di jadikan cerita.hujan plak tengah2 jalan tu.time tu tak silap kat rawang kot.da hujan plak.yang peliknye pemandu m'sia ni kan.apa yang aku tengok hari tu la kan.makin hujan,makin memandu secara laju.heran sungguh la heh (bak kate atok aku). da la hujan,putih plak tu.kejap2 lebat,pastu tak.elok2 je nak tido tak jadi.risau. perhentian pertama tak silap ape ntah sebelum tapah.sebab ade yang tak berapa nak tahan nak p toilet.maklum la.kami bergerak 3 kereta.kalau tak 4,tapi mak lah aku tu tak menyabar.dia da menyusul dulu kat perlis.
pastu berhenti kat tapah.biasala.kalau da berhenti tu.ramai plak budak2 kecik.da..semua nak.yg adik aku nak pelekat lilo,yang sorang nak buku.anak mak cik aku lagi nak ultraman terus.mama(mak cik) aku la yang melayan ape dorang nak tu.yang da tua bangka ni mama belanja makan.da memang selalu macam tu.hehe.lepas da sembahyang semua tu teruskan la kan perjalanan.sape2 yang tau betapa kecut perutnye nak lalu jelapang tu memang akan rase perasaan macam aku.da la turun bukit.masih nak laju2 lagi ke?heran dengan cara pemanduan m'sia ni.manalah tak banyak kes2 kemalangan kan.
adik aku ni excited sket kalau lalu terowong.asyik tanya
"bila nak lalu terowong ni bu,adik da sakit perut da ni"
bila da masuk je terowong
"yeah!! hilang da sakit perut adik."
lepas tu kami pun selamat sampai kat rumah mak ngah pukul 12 am macam tu.1st time babe 8 jam dalam kereta p penang.kalau tak selalu 5,6 jam je. sampai rumah mak ngah,abes la semua loghat penang..ibu,mama,atok da memang terkecuali la.da memang lidah dia.mandi2 tidur.bangun2 sarapan.pelik sungguh aku jumpa nasi lemak 50 sen.masih ada lagi tau.selama ni kalau pergi penang tak pernah pun nak ambil kesah pasal benda2 macam tu.tapi ye la.pelik la gak..asal balik penang je mesti nasi lemak comel je.hari tu ntah kenapa ntah rasa macam tergerak hati nak bertanya.
"mak ngah,berapa ringgit nasi ni?"
"mana ada ringgit.tu 5 kupang ja tu.hang ingat ni sama ka macam kat tempat hang?haha"
"macam ni boleh la hari2 makan nasi lemak kan mak ngah.murah!"
terkejut babe.5 kupang...
dalam pukul 11am macam tu.kami bergerak ke kedah,tapi sebelum tu singgah rumah adik bongsu atok aku,tok su,pastu rumah tok teh.biasala.keluarga besar.sampai kat cucu da tak kenal da la mana sedara.haha.sampai kedah dalam sejam kot.aku rasa tak sampai sejam kot.dari balik pulau ke kulim kedah.makan kenduri.ya allah...masih aku bayang2 lagi kesedapan kari kepala ikan.perrghh!terangkat.makan punya makan.da tiba masanya kami ke perlis.
sebelum masuk perlis,kami pergi sembahyang dekat petronas sg petani.nia!! aku da sampai kat tempat ko!hehe..
syok gile kentang,terbaik wook!! sepanjang perjalanan tu korang nak tau tak apa yang ada?sawah padi babe!awesome!!!sebak dada ni tengok sawah padi dekat2 gilerrrr..da la kiri kanan sepanjang highway tu padi je...awesome bebeh!sampai perlis je ya allah..rumah dia betul2 depan sawah padi.tapi agak gerun la kan nak masuk.biasa benteng.bak kata ayah aku
"ni kalau kita da kelua,ayah tak nak masuk balik.takut"
hahahah..kelakar la ayah ni.pelik gak aku tengok lori lalu macam jalan kat highway je.da biasa la 2 kot.sampai2 je rumah kenduri.aku da tak nampak da makanan ke apa ke.yang ada kat otak aku time tu padi je.lepas salam2.terus serang sawah padi.best gileeeeerrr.rasanya tak dapat nak di gambarkan macam happynya aku time tu.maklumla.tak pernah jumpa.yang penting aku dapat tangkap ketam.dengan ucu la tu.dia tu sengal2 sket.
punya la excited jumpa ketam tu,nak suruh la masak.malangnya orang tu
"la..pasai pa p ambil ketam ni.mana la boleh makan.ni ketam batu ni.hampa ni lawak sungguh la.masa banjiaq(hahaha) hari tu,ketam ni banyak ni masuk rumah"
mana la kami nak tau ketam ni tak boleh nak makan..frustrated sungguh la! lepas je kenduri tu kami semua p homestay yang da pun kitorang booking.malam tu p jalan2 makan angin kat kangar kot,pastu g jeti.niat di hati nak makan laksa.da tu ramai kata tu laksa belut.tak lalu la ceq!
jalan2 cari kedai makan.ada la nama kedai tu apatah football2 la gak.mak aih.ramai pulak.so cari tempat lain.ya allah murah gila la makanan kat situ.air fresh orange 1.50 sen,tembikai 1.50. boleh dikatakan jus buah 1.50sen.terkejut babe tengok.chicken chop 7.00 ringgit.kat sini mau tak 9,10 rinngit.murah+sedap plak tu.aku tak tau nama kedai tu apa,tapi dekat la dengan shell
esok plak kami p padang besaq!apa lagi,borong sakan la.ha beli2 jangan tak beli.amek je.murah2.kalau nak di bandingkan dengan harga kat sini.memang jauh berbeza..penat shopping semua,aku pun p makan kenduri lagi satu.pastu bertolak la ke shah alam balik.ibu aku balik hari selasa.so aku balik dengan ucu aku.
memang best gila.banyak pengalaman,pengetahuan yang dapat.tak sia2 kalau kita melancong dekat malaysia kan??
0 comments:
Post a Comment